Pages

Thursday 5 July 2012

Homemade Chocodates..

Assalamualaikum..

Sekadar ingin berkongsi kegemaran dengan anda semua
Saya sangat suka dengan kurma. Apalagi jika bijinya ditukar dengan badam yang telah disangai rangup dan disalut pula dengan salutan coklat susu. Gabungan kurma yang manis bila dikunyah dengan badam yg rangup..aduhai lazatnya tak terkata..hehehe.. I like so much..
Kalau belum pernah cuba, anda wajib rasa..hehe.. boleh order dengan saya dengan harga yg istimewa..its homemade ya. Kalau nak yg kilangmade mungkin bleh cuba Yusuf Toiyob punya produk, tapi harganya pun boleh tahan jugak ler..hehe..
Boleh dapatkan dari saya pada harga hanya RM22 perbox (40 pcs++)

Hubungi. Wan -019-9827975

Salam Ramadhan buat semua.

Kembali ke permulaan..

Assalamualaikum wbt..

Ianya bukan baru bermula.. beberapa tahun dulu teratak ini pernah dibina, tapi entah kenapa ianya tidak disiapkan,dikukuhkan dan diteguhkan lalu ia telah runtuh..lenyap ditelan masa..

Alhamdulillah, hari ini aku membinanya semula..dengan harapan mudahan binaan ini lebih elok cantik dan teguh untuk dikongsikan teduhannya bersama insan2 tersayang di sekeliling ku..

Blogging..InsyaAllah mudahan permulaan yg baik untuk dijadikan sebagai satu medan perkongsian buat sesiapa saja yg sudi bertandang. Moga Allah merestui niat hati ini dan yang paling diharapkan perkongsian ini boleh menyumbang kepada pertambahan saham untuk akhirat sana..ameen..

Untuk entry yang pertama ini kudedikasikan sekalung penghargaan dan terima kasih buat mereka yang menjadi asbab kepada tercetusnya permulaan yg baru ini..buat sahabat2ku Zainora,Gee, Kaliyamah dan Hisyamsani..thank you so much atas perkongsian ilmu yg sangat bermanfaat dalam Kursus Adobe Photoshop and Web Blog design sejak Isnin yang lalu.. Ianya hari2 yang agak memenatkan tetapi ada sesuatu yg sangat berharga untuk dihadam buat bekalan..diperjalanan ini..thanks guys..halalkan yer semua ilmu yg kalian dah kongsikan.. :)

Hari ni 16 Syaaban. Roh Ramadhan semakin mendekati. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang menikmati kemanisan dan keindahan Ramadhan untuk tahun ini..mudahan gitulah harapannya.. Buat semua didoakan agar ditetapkan hati kita untuk bersedia menerima kehadiran bulan Agung yang sarat dengan rahmat dan keberkatan ini. Selamat Menyambut Ramadhan Kareem..

Hingga bersambung dilain coretan..wassalam wbt..